Tuesday, November 30, 2010

PRU 13

SEDIKIT PERBINCANGAN OLEH AHLI AKADEMIK

ISU PULAU PINANG
-UMNO dijangka menang besar di kerusi-kerusi untuk orang Melayu menewaskan PAS n PKR
-DAP dijangka boleh mempertahankan kemenangan jika MCA dan GERAKAN tidak mengemaskan gerak kerja politik mereka

ISU KEDAH
-Jatuh semula ke tangan BN
-PAS Ketua Pembangkang DUN

ISU SELANGOR
-BN menang semula di Selangor dgn PKR menjadi Ketua Pembangkang DUN
-jika Senator Ezam Mohd Nor bertanding,maka beliau akan menjadi MB di Selangor jika tidak beliau akan menjadi Timbalan Menteri di Kerajaan Pusat

ISU NEGERI SEMBILAN
-BN kekal sbg Kerajaan Negeri
-DAP Ketua Pembangkang DUN

LAIN-LAIN
-PAS boleh menawan KELANTAN,KEDAH,TERENGGANU dan PERAK jika keluar dari Pakatan Rakyat.
-KETUA PEMBANGKANG-Dijangka dari PAS

*INI HANYALAH PANDANGAN PERIBADI TERBUKA KEPADA DEBAT DAN HUJAH MASING-MASING
*SAYA HANYA BERKONGSI MAKLUMAT
*BUKU YANG DICADANGKAN UNTUK BACAAN TEORI DOMINO-PRU 13 BN TUMBANG-WAN RAHMAN, MELAYU DI BUMI SENDIRI-RIDHUAN TEE ABDULLAH.

Monday, November 29, 2010

Teknik Pembersihan Hati-الهندسة الصحية القلب


 قراءة
     أسلوب واحد وهذا أمر مهم جدا بالنسبة لنا جميعا هو ذك
ملامح ذكرى يعطينا هنا هو المعترف بها لهبة من الله علينا بوفرة
ويستند هذا على كلمة الله في القرآن : "تذكرون لي ، وسأكون ذكرى الخاص بك"

تأمل 
التفكير في معنى
فقال النبي : فهم نفسك ومجرد التفكير يمكننا أن نفهم أنفسنا وإذا كان أي شخص يعترف له انه يعرف له الله

تنظيف قلب الأمور الخسيسة
كما نعلم ، والقلب هو مثل مجوهرات باهظة الثمن ، يتم الاحتفاظ دائما على ضرورة تنظيف تقنيات النقاء والنظافة. وينبغي دائما أن تبقى نظيفة القلب التي يرددون دائما والتأمل للفوز على لشهوة. من بين العناصر التي يمكن ينتقدون قلوبنا هي كل الأشياء التي تخرج من العالم ، بما في ذلك فخر والممتلكات والغطرسة. هذه المسائل قد تمحو قلوبنا إذا كنا لا تحاول إزالته من الكبد وأدخل عظمة عظمة الله سبحانه وتعالى
  
توبة
وقال الله تعالى : "يا أيها الذين آمنوا توبوا إلى الله توبة نصوحا ، ونأمل أن ربك سيزيل منك العلل الخاص ويدخلكم جنات تجري من تحتها الأنهار" (التحريم : ثمانية). النبي محمد. وقال : "يا أيها الناس توبوا إلى الله. حقا ، وأتوب إليه مائة مرة في اليوم ".

ضعف عذر العربية,آسفة

TEKNIK PEMEBRSIHAN HATI

1.Berzikir
Satu teknik yang sangat penting bagi kita semua adalah zikir.Fungsi berzikir kita di sini ialah memberikan iktiraf  agar kurnia dari Ilahi melimpah ke atas diri kita. Ini berdasarkan firman Allah dalam Al-Qur'an : “Berzikirlah engkau akan aku, niscaya aku berzikir akan kamu”  (QS.2 Al-Baqarah 152 ). Zikir ini adalah menunjukkan keinginan dari dalam diri kita terhadap keagungan Allah s.w.t.
Sedangkan pelaksanaan zikrullah itu sendiri terdapat syarat serta rukun yang wajib hukumnya yang kita perlu patuhi. Ini bersesuaian dengan firman Allah dalam Al-Qur'an: “Dan berzikirlah dalam hatimu dengan merendah diri dan takut dan tidak bersuara pada waktu pagi dan petang ... “ ( QS 7 Al-A'raf 205 )    

2.Tafakur 
Erti kata dari Tafakkur adalah sebuah renungan atau merenung. Ertinya di sini kita di perintahkan untuk merenung dan berfikir untuk memahami diri sendiri . Nabi Muhammad s.a.w pernah berkata “ Pahamilah dirimu sendiri, hanya dengan berfikirlah kita dapat memahami diri kita sendiri “ dan Rasulullah pun berucap “ Barangsiapa mengenal dirinya, maka ia mengenal Tuhannya”.Ada Sebuah Riwayat dari Rasulullah sebelum beliau menjadi Rasul, beliau adalah ahli tafakkur, Rasul sering bersendirian di Gua Hira. Dan Aisyah r.anha bercerita “Beliau suka menyendiri kemudian bertafakur di dalam gua hira beberapa malam lamanya”(HR Bukhari dan  Muslim). Kemudian beliau menyuruh umatnya agar bertafakkur, memikirkan ciptaan Allah “Tafakkuaru fi kalqillah” ( Bertafakkurlah tentang ciptaan Allah ).

3. Membersihkan Hati dari perkara-perkara tercela 
Seperti yang telah kita ketahui, hati ibarat sebuah perhiasan yang amat mahal,yang perlu kepada teknik pembersihan agar kesucian serta kebersihannya selalu terjaga. Hati harus selalu terjaga kebersihannya dengan selalu berzikir dan bertafakur agar dapat mengalahkan hawa nafsu. Antara perkara-perkara yang boleh mencelakan hati kita adalah segala sesuatu yang datang dari dunia ini termasuklah harta benda, kesombongan dan bongkak. Perkara-perkara seumpama ini boleh mengotorkan hati-hati kita jika kita tidak berusaha untuk mengeluarkannya dari hati dan memasukkan kebesaran-kebesaran Allah s.w.t.

4.Taubat
Taubat bermaksud mengosongkan diri kita daripada seluruh dosa dan maksiat dan menyesal ke atas dosa-dosa lalu dan berazam untuk tidak mengulanginya pada masa hadapan. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud: “Wahai orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat nasuha, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai”.(At-Tahrim: 8). Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: “Wahai sekalian manusia, bertaubatlah kepada Allah. Sesungguhnya aku bertaubat kepada-Nya sebanyak 100 kali sehari”.

TAZKIRAH HIDAYAT

  1. HARTA,DIRI,MUAMALAT DAN SYARIAT SEMUANYA TERIKAT KEPADA ALLAH S.W.T IKUT CARA NABI S.A.W
  2. BILA SOLAT ROSAK SEMUA AMAL ROSAK
  3. SETIAP UMAT BERTANGGUNGJAWAB ATAS IKRAMUL MUSLIMIN
  4. JANGAN TIPU ORANG ISLAM TETAPI MESTI BERKASIH SAYANG.IKRAMUL MUSLIMIN ADA DALAM MUAMALAT,MUASYARAT DAN AKHLAK
  5. IMAN MENDATANGKAN SIFAT TAAT KEPADA ALLAH IKUT CARA NABI S.A.W
  6. ILMU UNTUK ELAK LALAI DALAM AMAL UNTUK DAPAT DUDUK DALAM MAJLIS TAKLIM WA TAKLUM
  7. ZIKIR DALAM SETIAP MASA DAN KEADAAN, DUDUK,BARING,BEJALAN DSBG. ORANG MUNAFIK TIDAK BERZIKIR MELAINKAN SEDIKIT SAHAJA.
  8. IKHLAS ADALAH SEMUA AMAL KERANA ALLAH .AGAMA TIDAK AKAN DATANG HANYA DUDUK DALAM RUMAH, PERAYAAN DAN KELUARGA
  9. DAKWAH DAN TABLIGH IALAH KORBAN HARTA,DIRI,MASA DAN PERNIAGAAN SEHINGGA ALLAH BUKA PINTU HIDAYAT.KUAT KORBAN BATIL DALAM DIRI KITA DULU AKAN KELUAR DAN CAPAI TAHAP AGAMA SEPERTI DI ZAMAN RASULULLAH

Sunday, November 28, 2010

14 ASAS DALAM MENJALANKAN KERJA AGAMA

-MAAF KERANA BAHASA CAMPURAN ARAB,URDU,MELAYU DAN INGGERIS-

1.HATI BUKAN FIKIRAN
2.PADAM BUKAN KELAM
3.TARGHIB BUKAN TANBIH
4.MESYUARAT BUKAN DICTATOR
5.ISTITAAT BUKAN ISTIHAR
6.IJMAL BUKAN TAFSIR
7.IJTIHAD BUKAN IKTILAF
8.JAN BUKAN MAL
9.PEACE BUKAN WAR
10.BERITA GEMBIRA BUKAN AZAB
11.TAWADUK BUKAN TAKBUR
12.AMAR MA'RUF BUKAN NAHI MUNGKAR JE..
14.TANSYEEL BUKAN TANFIL
14.USUL BUKAN FURU'

JIKA ADA KESALAHAN MAKNANYA KELEMAHAN INGATAN SAYA..HARAP MAAF

SYAIR URDU

-NIE SYAIR URDU YANG ANA SEMPAT BELAJA SEMASA DI INDIA-

NABI-E-AKRAM
SHAFI-E-AZAM
DUKHE DILO0Z KA SALAM LELO

TAMAM DUNIYA KE HUM
SATAYE KHDE HU-E-HAI
PAYAM LELO

NABI AKRAM
SHIKISHTA KASHTI TEZ HAI
DHAZA NAZARE SE RUPUSH
HAI KEINARA KOI NAHI NA KHUDA HAMZA
KHABARE TO ARLI MABHAN LELO
NABI-E-AKRAM

NABI MUSA A.S, NABI HARUN A.S DAN BANI ISRAIL

MUSA A.S ADALAH NABI YANG MEMBESAR DALAM ISTANA FIRAUN,BELIAU DI JAGA OLEH ALLAH DENGAN MENDATANGKAN PERISTIWA BELIAU MENUMBUK SEORANG QHIBTI LALU MATI DAN MUSA A.S ALLAH HANTAR KE RUMAH NABI SYUAIB A.S..DISANA MUSA A.S MENDAPAT TARBIAH YANG CUKUP HEBAT DARI SEORANG NABI YANG CUKUP BIJAKSANA..SETELAH ANGKAT MENJADI NABI, MUSA A.S TERUS MENDAKWAHKAN KALIMAH KEPADA BANI ISRAIL SEHINGGA MENCAPAI 600 RIBU JUMLAH KESEMUANYA..MUSA SEORANG NABI YANG GAGAP LANTAS MEMINTA HARUN SAUDARANYA DIANGKAT MENJADI NABI UNTUK BERDAKWAH KEPADA FIRAUN..KELEBIHAN FIRAUN SEBELUM DAKWAH DIJALANKAN NABI MUSA ADALAH FIRAUN TIDAK BUANG AIR SELAMA 40 HARI 40 MALAM LANTAS DAKWAH NABI MUSA KEPADA FIRAUN TENTANG KALIMAH ALLAH MAKA SATU HARI 40 KALI FIRAUN BUANG AIR..

KEANGKUHAN FIRAUN TERSELAH APABILA CUBA MEMBUNUH MUSA DAN BANI ISRAIL NAMUN KUASA ALLAH MENGATASI SEGALA-GALANYA..ALLAH MENYELAMATKAN MUSA DAN PENGIKUTNYA DARI FIRAUN DAN TENTERA DIBELAKANG DI DEPAN LAUTAN KIRI DAN KANAN ADALAH GUNUNG DAN BUKIT PENGIKUT MUSA SEMUA BERPUTUS ASA HANYA MUSA BERKATA ALLAH BERSAMA AKU..PERINTAH ALLAH PADA MUSA MENGETUK LAUTAN DENGAN TONGKAT YANG DI PEROLEHI HADIAH DARI NABI SYUAIB A.S..LAUTAN TERBAHAGI 12 KERNA 12 KAUM DI DALAM BANI ISRAIL..ALLAH SELAMATKAN MUSA A.S, HARUN A.S DAN PENGIKUTNYA MELINTASI LAUTAN MASUK KE DALAM KAWASAN HUTAN.ALLAH TURUNKAN MANA WA SALWA KEPADA BANI ISRAIL KERNA KELUH MEREKA KERNA KELAPARAN.DITURUNKAN MANA WA SALWA SELAMA 40 TAHUN NAMUN BANI ISRAIL MEMILIKI IMAN MUSYAHADAH LANTAS MEMINTA SESUATU YANG LAIN DEK KEBOSANAN KEPADA MANA WA SALWA MAKA ALLAH KELUARKAN MATA AIR DARI CELAH BATU YANG TIADA ASBAB UNTUK KELUARNYA AIR..KUDA DITUNGGANG FIRAUN SEDAR BAHAWA LAUTAN ADA ASBAB KEMATIAN LANTAS TAK BERGERAK MEMACU, KUASA ALLAH MENURUNKAN MALAIKAT JIBRAIL BERSAMA KUDA BETINA YANG MENYEBABKAN KUDA JANTAN FIRAUN BERTERIAK LALU MEMACU LAJU MASUK KE DALAM LAUTAN..

SERUAN ALLAH DATANG KEPADA MUSA UNTUK MENGAMBIL KITAB TAURAT BERBAHASA IBRANI NAMUN PENGIKUTNYA MURTAD KERANA PERBUATAN SAMIRI DURJANA YANG MENCIPTA PATUNG ANAK LEMBU EMAS YANG BISA BERGERAK(SETENGAH RIWAYAT MENGATAKAN PATUNG INI BOLEH BERGERAK KERANA SAMIRI MENDAPAT TANAH BEKAS TAPAK KAKI KEDUA MALAIKAT JIBRAIL YANG DIKATAKAN HIDUP DAN MELETAKKAN DI DALAM PATUNG TERSEBUT)12 RIBU YANG TINGGAL DARI 600 RIBU MENUNJUKKAN BETAPA PENTING DAKWAH DIJALANKAN SETIAP MASA SEBAGAI PEDOMAN PADA KITA UMAT TERAKHIR..

Saturday, November 27, 2010

LAGI ANGKARA PR YANG MERENDAH-RENDAHKAN OKU

Melayan Pemikiran Blogger Tahap OKU: PAPA GOMO

Masuk hari ni dah 2 hari aku demam... malas nak layan cerita-cerita politik, bolayan. kepala otak tak berapa cergas, nak pikir apa-apa pun memang tak berapa bagus result. bukan masa yang baik untuk perah otak.

Tapi untuk level orang demam dan kepala otak ala-ala OKU ni, aku rasa ni level terbaik untuk aku layan PAPA GOMO, kalau badan tengah sihat, kepala otak tengah cergas, memang tak sesuai untuk layan PAPA GOMO sebab tak de cabaran.

Level PAPA GOMO hanya untuk mereka-mereka yang lemah akal macam masa aku demam ni. maknanya sesuai dilayan sambil mengereng atas tilam, taip pakai 1 jari. itu level PAPA GOMO. kalau badan sihat, tak sesuai. hehehe...

Hari ni PAPA GOMO menulis:

Gomo mendapat maklumat pagi tadi berhubung isteri ke dua Khalid gagap yang menjawat jawatan pembantu peribadi kepada Khalid Gagap. Maklumat yang datangnya dari sumber dalaman PKR ternyata telah di sahkan oleh beberapa kepimpinan PKR.

Isteri nya yang kedua ini telah bersama dengan khalid semasa Khalid di Guthrie lagi. Tarikh Khalid Gagap bernikah dengan PA nya ini tidak di ketahui dan kemungkinan isteri khalid yang pertama juga tidak mengetahui perkahwinan Khalid Yang ke dua ini.

Rm8000 sebulan di bayar kepada PA yang merangkap Isteri keduanya ini oleh Khalid Gagap.

Maklumat lanjut akan menyusul berserta nama isteri kedua Khalid Gagap ini.

Nah inilah pendedahan yang di lakukan, bukan niat nak mengaibkan keperibadian Khalid Gagap namun penjelasan harus di berikan oleh Khalid Gagap mengapa rm8000 sebulan wang rakyat Selangor di berikan kepada Isterinya yang kedua. Wang rakyat Selangor bukan wang harta Khalid Gagap.

Kira kalau dengan level pemikiran OKU macam PAPA GOMO, pendedahan macam ni kira macam dah "Universe" la... kalau boleh nak jugak PAP GOMO link berita ni dekat Al-Jazeera, NBC, BBC, AFP, dan jangan lupa APCO.

Aku tak nampak masalah pun dekat situ. Tan Sri Khalid bayar RM8000 sebulan dekat isteri ke-2 dia (tak tau la bab isteri ke-2 ni betul ke tak) merangkap PA Tan Sri Khalid. normal la... tak kira la sape pun jadik PA kau, WAJIB la kau bayar gaji dia.

Tak kan kalau kau jadi pengarah, bini kau jadik PA kau, kau tak boleh bayar gaji dia sebab dia bini kau..? gila ke apa ni..? kalau pergi pejabat buruh, memang kena charge bawah akta buruh la kalau ambik pekerja tapi tak bayar gaji.

Malang betul la kalau PAPA GOMO jadi Pengarah, bini dia jadi PA PAPA GOMO, siang kena buat kerja pejabat, malam kena panjat, cukup bulan gaji tak dapat. 1Malaysia..! ni dah kira menghina kaum wanita beb...

Pada aku baguslah Tan Sri Khalid bagi gaji mahal dekat bini ke-2 dia, 24 kena menyumbang tenaga beb... rakyat Selangor pun kena berterima kasih jugak dekat bini ke-2 Tan Sri Khalid sebab kalau tak kerana dia dok layan Tan Sri Khalid 24 jam, tak kan MB Selangor tu boleh Sukses.

Ingat beb... disebalik kejayaan seorang lelaki, terselindung seorang wanita dibelakangnya.

Bukan susah nak lawan tahap pemikiran Blogger OKU ni... time demam dengan suhu badan dekat-dengan air menggelegak pun voleh layan, siap mengiring atas tilam lagi... apa ada hal..?


Aku harap, PAPA GOMO tak kan menzalimi isteri dia, balik tengah-tengah malam, panjat bini, hujung bulan kosong, tu zalim namanya.

Angkatlah kaum hawa di tempat yang sepatutnya, jangan menghina mereka. isteri pertama ke, isteri ke-2 ke, kaum wanita tetap ada hak masing-masing.

Tulang rusuk kita tu beb... 

YANG LAIN TU LANTAKLA DIE YG AKU TAK PUAS HATI STATEMENT PASAL OKU-RAMLAN ARSHAD
http://www.perisik-rakyat.com/2010/04/melayan-pemikiran-blogger-tahap-oku.html

KEBODOHAN KETUA WANITA PKR-HINA OKU

Zuraidah Ketua Wanita PKR Hina Anak-Anak Sindrom Down!

KETUA WANITA PARTI Keadilan Rakyat (PKR), Zuraidah Kamaruddin mengaku, parti itu melahirkan ‘anak tidak cukup bulan’ menyebabkan ada yang terencat akal lalu bertindak keluar parti.


“Kita akui, Keadilan sebuah parti baru dan melahirkan anaknya sebagai pemimpin yang tidak cukup bulan. Mana-mana pemimpin yang berjaya dan kekal dalam parti adalah anak istimewa.

” Mereka yang lompat parti adalah kanak-kanak yang menghidap sindrom down atau terencat akal,” katanya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ucapan dasar pada Kongres Keadilan Wanitake-6, di sini, sebagai mengulas pergolakan dalam PKR yang menyaksikan ramai pemimpin dan wakil rakyatnya bertindak keluar parti. Zuraidah berkata keadaan itu berlaku kerana PKR sebuah parti baru yang cuma berusia 10 tahun.

Beliau juga mengakui jumlah cabang Wanita PKR yang berjaya mengadakan mesyuarat agung berkurangan kepada 106 sahaja tahun ini berbanding 206 pada tahun lepas. Bagaimanapun perkara itu katanya berpunca daripada usaha pemutihan parti. – BERNAMA

1. Saya sangat sedih dengan penghinaan terbaru Zuraidah yang menganggap bekas ahli-ahli PKR yang telah keluar daripada parti tersebut boleh dianggap sebagai “anak yang dilahirkan tidak cukup bulan dan terencat akal”. Bahkan lebih jauh daripada itu, Zuraidah sanggup mendakwa mereka yang lompat keluar daripada PKR, boleh diklasifikasikan sebagai seorang kanak-kanak yang mengalami sindrom down. Nauzubillah minzalik. Lihatlah, inilah bentuk, cara dan akhlak Ketua Wanita Keadilan yang kononnya mahu menegakkan kebenaran dan keadilan di negara ini.

2. Soalnya sekarang, apakah seorang kanak-kanak yang mengalami sindrom down begitu hina pada kaca mata Zuraidah? Apakah ibubapa yang membela dan menjaga anak mereka yang mengalami sindrom down turut dilihat sebagai manusia yang hina-dina? Kiasan atau analogi yang digunakan oleh Zuraidah itu sangat tidak beretika dan sesuai. Sekali pun beliau ingin menghina ahli-ahli PKR yang keluar daripada parti tersebut, tetapi gunakanlah kiasan yang betul dan lebih berlapik. Jika Zuraidah sanggup melabelkan ahli-ahli PKR yang keluar daripada parti tersebut sebagai “kanak-kanak yang terencat akal”, saya tidak mampu membayangkan apakah kiasan yang bakal digunakannya untuk melabelkan ahli-ahli UMNO pula. Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

3. Mungkin Zuraidah tidak diuji oleh Allah dengan kelahiran anak yang mengalami sindrom down – namun demikian, itu bukan tiket untuk beliau menghina dan mencaci orang lain dengan menggunakan analogi penyakit tersebut. Ia perbuatan yang sangat jijik dan kotor. Jika inilah jenis manusia yang dipilih oleh penduduk Ampang untuk mewakili kawasan mereka, maka tunggulah kehancurannya. Apakah kita masih tidak mahu insaf dengan menyokong Anwar Ibrahim dan PKR lagi? Tepuk dada tanya iman. Wallahualam.

azlishukri.blogspot.com